1 D for M E
Navi
Facebook link 2 link 3 link 4




sedikit perkongsian ilmu
Wednesday, January 1, 2014 | 5:52 PM | 0 comments
assalamualaikum!

first thing first, selamat tahun baru 2014!
semoga tahun 2014 ni lebih baik daripada tahun 2013 dan tahun-tahun sebelumnya.
buang yang keruh, ambik yang jernih.
bak kata Fizz Fairuz dalam Meletop, "kita bukak buku baru".
okay, yang nih taknak kalah :p

me also look forward to all good stuffs this year.
may Allah ease my journey in exploring His ilmu.
may Allah bless my life, my umi abah's, my siblings', relatives', friends' and bless
all the Muslimin and Muslimat..insya Allah.
Allahumma rabbi yassir wala tu'assir..amin :)

pagi tadi aku tengok Tanyalah Ustaz kat TV9.
tapi sempat tengok pon 30min terakhir gitu.
tajuknya Bodoh Sombong Bahagian 2.
tapi walaupun aku juz tengok 30min terakhir, alhamdulillah i got something
beneficial and useful.
so teman nak lerr share dengan kome ilmu baru yang teman dapat.
sharing is caring kan?? :)

Amalan-amalan yang boleh menyebabkan kefakiran, yakni rezeki tak masuk:

1-Pakai seluar sambil berdiri.
(guys, kita kene pakai seluar sambil duduk bukan berdiri..baru kutahu!)

2-Pakai serban sambil duduk
(okay, yang nih untuk golongan hamba Allah yang bernama lelaki)

3-Mendoakan keburukan anak
(ustaznya cakap, biarlah apa yang anak buat kat kita, jangan sekali-kali 
doakan keburukan dia..parents, take note!)

4-Biarkan rumah bersawang.
(yeah, jangan biarkan rumah anda diselubungi sawang..tehee)

5-Tiup lilin atau pelita
(kalau kita nak padam lilin atau pelita, kibas dengan tangan macam
atuk nenek kita selalu buat..jangan tiup!)

6-Tidur bertelanjang
(ustaznya cakap, seelok-eloknya tidur memakai baju)

7- Tinggalkan tempat solat cepat-cepat
(ustaznya cakap orang cepat blah lepas solat subuh..habis salam, terus angkat punggung..
seeloknya, stay la paling-paling pon sampai zikir allahumma antassalam)

8-Memotong orang tua ketika berjalan dan pandang muka mereka
(okay, orang tua jalan depan korang, korang potong deme then pandang muka deme..
nggak usah gitu dong!..seeloknya bagi orang tua tu jalan dulu ya?)

9-Menjahit baju yang koyak ketika sedang memakainya
(kott yer pun baju/seluar/any clothes yang korang tengah pakai koyak and 
korang nak jahit, tanggal dulu lepas tu baru jahit..faham?)

patutnya ada 10 tapi aku tertinggal 1.
tahu-tahu ustaznya da masuk nombor 2.
tapi takpe, yang aku dapat ni pon cukupcukup berguna untuk aku.
insya Allah,sempena tahun baru nih, i will try my best la untuk amalkan
ilmu yang baru aku dapat ni.
may Allah ease :)

oh ye, ada sorang audience ni tanya, bagaimana nak mudah terima teguran?
ustaznya jawab:
"bila orang tegur, anggap orang tu baik walaupun sebenarnya dia tak baik..
mungkin ni takdir Allah untuk membetulkan kita" 
sweet kan Allah?? :')

aku nih dari tadi ustaznya, ustaznya.
nama ustaznya, Ustaz Abdullah Mahmud.
alhamdulillah, pagi-pagi da dapat ilmu berguna.
semoga aku dan korang-korang yang baca entry ni, boleh sama-sama amalkan.
insya Allah.

till we meet again.
salam :)