how to be a good wife?
Sunday, February 17, 2013 | 8:53 AM | 0 comments
assalamualaikum.
hmm, how to be a good wife??
hah kau, malam malam buta yang ditemani bunyi bunga api
plus mercun yang dimainkan oleh chinese di meru klang sempena gong xi fa cai,
aku pon kemahenn gak dengan tajuk entry aku yang very kewanitaan nih.
semua yang bakal atau sedang memegang title isteri,
mesti nak jadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak dorang.
begitu juga dengan aku.
ehh stop, dah kahwin ke syasya??muahaha
for sure lah i nih belum kahwin lagi tapi niat na kahwin itu sentiasa terpendam di lubuk
hati aku..hah kau, lubuk bhaii XD
siap masa hujung tahun form 4, aku tanya abah,
"bah, orang taknak lah ambik spm..nak kahwin terus boleh?"
apak giler selamba aku and sebagai balasan kepada keselamberan aku tuh,
abah tunjuk buku lima beliau kepada aku and "ni nak??".
haha..terbaiklah abah!
okaylah, tips how to be a good wife nih aku jumpa dalam surat khabar.
ustaz zahazan yang share tips tuh bila ada sorang perempuan yang nak kahwin nih
asked him on how to be a solehah wife?
maka, moleklah aku share tips tuh untuk panduan semua wanita
yang akan atau sedang berstatus sebagai isteri orang.
1. Bersikap rendah diri kepada suami dengan menerima seadanya.
2.Tunduk dan patuh kepada suami dengan sebaik-baiknya.
3.Jaga selalu penampilan di hadapan suami, jangan sampai suami anda
melihat anda dalam keadaan penampilan yang buruk.
4. Jagalah apa yang biasa diciumnya (dengan memakai haruman),
jangan sampai suami menghidu bau yang busuk.
5.Jaga selalu waktu tidurnya kerana kurangnya tidur boleh membangkitkan
emosi kemarahan.
6. Jaga selalu waktu makannya kerana sesungguhnya rasa lapar juga
boleh membangkitkan kemarahan.
7. Jaga hartanya dan layanilah dia.
8. Layani anak-anaknya dengan mendidiknya dengan baik.
9. Jangan sekali-kali melawan atau menderhaka perintahnya kerana
sesungguhnya jika anda melanggar perintah suami bererti anda
akan membuat dirinya marah.
10. Jangan sekali-kali membocorkan rahsianya kerana membocor
rahsia suami bererti anda mengkhianatinya.
11. Jangan menunjukkan kegembiraan di depan suami ketika suami
dalam keadaan sedih.
12. Jangan menunjukkan kesedihan ketika suami dalam keadaan gembira.
1 sampai 10, ustaz zahazan petik dari kitab Risalatul Mukminah
while yang 11 and 12, ustaz tuh buat sendiri kott.
10 perkara tuh hendaklah dijaga nescaya suami akan menjaga isterinya pula.
hmm, ni jela yang aku boleh share dengan korang.
kalau korang rasa korang budak-budak lagi, korang bacalah entry nih
sebagai menambah pengetahuan rumah tangga.
nanti kalau dah betul-betul kahwin, apply lahh these tips in your marriage.
perhaps by applying these tips, your masjid will last forever until jannah,
in sha Allah.
got to go, salam :)