1 D for M E
Navi
Facebook link 2 link 3 link 4




hadiah :)
Tuesday, November 15, 2011 | 6:33 PM | 0 comments
assalamualaikum..

baru-baru ini aku dapat hadiah..
sempena aper??ini yang kite tak taw nih.
takper2,,tengok dulu hadiahnya aper.
jeng jeng jeng (dengan penuh suspen)

perghh,,sampai dua hadiah aku dapat!!
ingat senang ker??
mase bezday pon belum tentu taw.
so syasya,,be grateful :)

pada 8 nov 2011 bersamaan selasa,,
dorm B303 aspuri samttaj shah alam telah mengadakan jamuan dorm.
ini jamuan dorm kali kedua.
yg first lepas cuti seminggu bulan 3 aritu.
since B3 juz ader 3 dorm jerr time tuh,maka kak ainin
akak dorm aku cadangkan buat jamuan satu floor jer.
memang kenyang la mase jamuan yang mula2 tuh.
okayy,,terlari suda topiknya. :p

since kitorang baru balik dari cuti raya haji so bawak la
makanan dari rumah masing2..aku bawak jus carrot susu.
yang laen2 bawak makanan.
besides,,kitorang main tukar2 hadiah.
main tukar2 hadiah dalam gelap tapi bercahayakan lampu suluh mini
adibah nazri,,my adik dorm.
memang gelak abes kitorang..meriah!!
nak tengok hadiah yang aku dapat??
jeng jeng jeng...

that's it,,5 Tahun 5 Bulan karya Hlovate
sebenarnya aku da lama berminat na beli novel nih
but since aku rela spend duit beli makanan,,baju etc daripada novel
maka aku pendamkan hasrat aku yang murni tuh.
tapi,,since ader tukar hadiah2 nih maka aku gunakan event nih
untuk mintak aper yang aku nak.
aku mintak 3 novel,,aku ingin kahwin,,bukan untuk sesaat,,5 tahun 5 bulan
and lastly,,2 helai pashmina.
in the end,,roomateku hidayu hatta yang sebaya denganku yang dapat
aku punya request telah membelikan aku novel Hlovate nih.
terima kasih hidayu hatta :)

nampak tak wrapper merah gambar bear tuh??
asalnya itu wrapper yang kitorang tampal kat dinding
sebelah katil masing-masing dalam dorm.
berkat idea hidayu hatta + adibah nazri maka satu dorm
telah guna wrapper tuh untuk balut hadiah2 yang nak ditukar.
asalnya ummi da balut dengan wrapper yang lain
tapi aku terpaksa la tukar.
itupon mintak tolong zawanie form 2 balutkan.
thanks zawanie :)

next story :)

pada 10 nov 2011 bersamaan hari khamis,,
4 ikhlas (4.1 2011) samttaj shah alam telah mengadakan
jamuan akhir tahun bertempat di kelas 4 ikhlas.
sementara nak tunggu makanan yang dijangka akan tiba pukul 10 pagi
(tapi last2 pukul 11 coz ader problem)
maka kami warga 4.1 main la tukar2 hadiah.
meriah + happy + lawak sumernya ada.
haii,,kenangan kenangan.
meh la samer-samer kite ushar hadiah yang aku dapat.

kreatif kan pemberi hadiah nih??
hadiah aku jerr yang camni,,orang lain tak.
korang ader??takder kan?? :p

si pemberi hadiah telah menampal request hadiah saya pada hadiah tuh.
dengan menggunakan nama samaran saya budak sengal,,
aku mintak novel aA+bB karya Hlovate,,
buku khutbah Rasulullah S.A.W n 2 helai pashmina.
tulisan merah kat bawah tuh plak nota kaki as guide untuk
si penerima beli hadiah kat mana.
pokoknya,,shahida cakap aku sengal bler baca nota kaki tuh.
apekah nota kaki itu??

-Novel2 tuh ader kat MPH. Gi cari sana..
-Pashmina RM 10 jer satu helai..kat PKNS b'lambak kott..haha
-My PRIORITY  is NOVEL (Hlovate ok??)
-itu jela kott..kalau kaya , belikan sumer..HAHA!! :p

okayy,,memang patut pon shahida cakap aku sengal..hehe :D
tanpa melengahkan masa,,saya menjemput anda untuk
melihat sendiri dengan mata kepala anda hadiah yang saya dapat.
dengan segala hormatnya dipersilakan.

yess,,i've got aA + bB karya Hlovate!!
novel nih pon aku minat na beli but since i love my money,,
aku simpan jer hasrat aku dalam hati.
alhamdulillah,,setelah sekian lama dapat gak novel nih.
thank you aqilah hasbi :)

tak mintak pon dua mender nih tapi sebab aqilah baik hati,,
dia bagi la aku..hehe.
thank you aqilah..insya allah kita jaga hadiah nih baik-baik :)

konklusinya,,saya merasa sangat gembira + teruja
sebab dapat dua novel Hlovate dalam satu masa!!
betul-betul rezeki aku la menjelang akhir tahun sekolah nih.
hmm,,bersyukur la syasya sebab ko takyah bazir duit beli novel-novel yang ko nak nih.
da dapat da..thank you ALLAH :)

for sure,,i'll take care of these two novels.
these novels present my sweet memory at samttaj shah alam.
yela,,next year da takkan satu dorm ngan hidayu.
hidayu mestilah dorm pengawas.
tapi kalau ngan aqilah,,insya allah satu kelas lagi.

kenangan tukar-tukar hadiah tuh akan jadi memori terindah
dalam hidupku.
hidayu n aqilah,,thank you for da presents,,
thank you for being my roomate + classmate.
tqvm..i love both of you :')

~closure~

sorila kualiti gambar ta berapa na elok.
guna handphone yang aku da pakai since form 1 lagi.
apekah handphone tuh??

it's just nokia 5300
yela,,aku mana kaya macam korang,,
tukar-tukar handpohe setiap bulan bagai.
tengok la kalau aku masuk u nanti,,aku tukarlah baru.

tapi tapi tapi,,
kualiti gambar akan jadi elok kalau aku guna nikon S300 aku tuh.
tapi aku malas coz nanti nak kene install gambar segala bagai.