1 D for M E
Navi
Facebook link 2 link 3 link 4




pasal perempuan
Friday, January 3, 2014 | 3:10 PM | 0 comments
assalamualaikum!

aku nak share something ngan korang.
artikel ni aku jumpa kat sura khabar BH, hari sabtu punya.
pasal perempuan..ya, perempuan.
pink di situ, nampak tak keperempuanannya??LOL
da la tuh, baca jela.

30 perkara lelaki patut tahu pasal perempuan:

1-Perempuan makhluk paling sensitif bila tengah 'datang bulan'. Jangan buat perempuan
marah masa ni.

2-Perempuan paling suka berborak. Jadilah pendengar yang setia.

3-Perempuan suka ambil gambar banyak-banyak sebagai kenangan. So tak hairan
kalau dalam tandas pon nak bergambar.

hah, yang ni dalam toilet Mid.
ahh, baru toilet Mid, belum lagi kat Sunway, SCM.
tak kira lagi kat fitting room.
memangnya di mana ada cermin, di situ la nak bergambar.
perempuan lain aku tak tau pulak caner.

4-Perempuan kalau puji perempuan lain, memang takkan habis.

5-Perempuan paling suka makan. Lepas tu mulalah bising berat badan naik.


 perempuan kat atas ni, dia memang kuat makan, suka makan dan banyak makan.
tapi dia tak lah risau sangat pasal berat badan dia.
cool kan??pfftt..

6-Bila buah hati tak balas mesej dalam tempoh lama, 3 perkara dalam otak dorang, 
samada dorang rasa buah hati abaikan dorang, buah hati marahkan dorang
atau buah hati rasa menjengkelkan atau mengganggu.

7-Sukakan pujian, nak-nak daripada seseorang yang mereka sukai.

8-Bila marah, bukan sengaja nak marah tapi sebab dorang sayang dan ambil berat.

9-Perempuan yang paling garang sebelum kahwin adalah isteri yang paling manja.

10-Bila jatuh hati, dorang akan kata kenapa dorang tak jumpa dengan
orang itu lebih awal.

11-Sukakan lelaki yang bersifat pelindung, tapi jangan sampai mengongkong pula.

12-Takkan pernah dapat cari perkara negatif pasal seseorang yang disukai.

13-Bila benci akan seseorang, jangan terkejut bila teman baik dorang pon ikut
sama benci gak kat orang tuh.

14-Bila layan teman baik, kalah pasangan bercinta, sampai orang lain pon 
cemburu dengan kemesraan dorang.

15-Bila sedih, suka dipeluk sebab rasa selamat.


yang ni tak sedih pon malah happy :D
maklumlah, dapat makan banyak and sedap-sedap.
perut kenyang, hati pon senang.
time ni Hari Graduasi 2012.

16-Kekadang suka bagi petunjuk dekat seseorang yang dorang sayang tentang apa
yang dorang suka, tapi lelaki tak faham bahasa isyarat ni.

17-Walaupun mempunyai kawan lelaki dan peminat yang ramai, dalam fikiran dia
hanya ada seseorang yang mereka suka/sayang sahaja.


macam perempuan ni la..im currently thinking of you dear :')

18-Suka banyak berfikir dan buat kesimpulan yang bukan-bukan tentang buah hati
mereka. Tapi apa yang difikirkan tu tak berlaku pun. Risau.

19-Bila cemburu, mereka boleh jadi detektif paling berjaya tanpa disyaki si lelaki.
Kalau boleh sampai lubang cacing dorang selidik.


kiranya boleh jadi macam Detective Conan la nih.

20-Walaupun sudah banyak baju, tapi tetap mengatakan tiada baju untuk dipakai.

21-Akan berasa cemburu bila ternampak kekasih mereka dengan perempuan lain walaupun
sekadar kawan.

22-Jangan tipu perempuan kerana perempuan akan selalu dapat tahu.

23-Walaupun bersedih, tetap tersenyum. Nangis pon senyap-senyap pastu
boleh pura-pura ceria depan orang lain.


macam perempuan kat atas ni gak la tapi kadang-kadang jela sedih.
itupun belum tentu menangis.

24-Air mata adalah senjata wanita.

25-Bila senyap secara tiba-tiba, berhati-hatilah. Mungkin ada sesuatu
yang berlaku.

26-Jangan lupa tarikh lahir seseorang perempuan sebab perempuan sentiasa
menunggu wish daripada si dia walaupun tiada hadiah. Cukup sekadar mengingat
untuk menunjukkan mereka dihargai si dia.

tapi perempuan kat atas ni rasa, lagi afdal kalau lelaki tu wish birthday
and bagi cake sekali.
cake lagi afdal kalau dari Secret Recipe punya.
auww,so sweet!

terliur tak tengok cake kat atas nih??
dengan coklatnya yang moist-moist gitu.
yeahh, Chocolate Indulgence from Secret Recipe.
yummy! (sumpah terliur..)

tapi kalau tak bagi cake Secret Recipe pon takper.
bagi satu set minyak wangi dari The Body Shop pon boleh!
hmm, macam-macam kan perempuan kat atas ni -.-'

27- Perempuan dapat mengingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan
dengan lelaki. Sebab tu la bila lelaki mungkir janji, dorang
akan ingat sampai bila-bila.

28-Kalau perempuan selalu menghubungi, that means dorang taknak
terputus hubungan.

29-Sibuk camnepon, luangkanlah sedikit masa untuk perempuan sebab
dorang ni agak mudah berkecil hati. Sedih.

30-Bila dah tinggalkan sesorang lelaki ni, takkan ada peluang kedua
untuk lelaki tu. Perasaan sayang mungkin ada tapi lebih banyak
perasaan benci kerana disakiti.

Betul ke bohong apa yang aku tulis ni?
korang kaji lah sendiri.
till we meet again.
salam :)